Forex



Research Forex

Kadar tukaran Matawang Asing (Forex) “Trading” membolehkan pelabur untuk menyertai dan menjana keuntungan berdasarkan naik turun matawang dunia. “Trading Forex” berfungsi dengan memilih gabungan dua matawang kemudian mengaut keuntungan atau kerugian berdasarkan turun naik salah satu harga matawang di pasaran berbanding dengan yang lain. Sebagai contoh, turun naik harga matawang U.S Dollar $ adalah diukur dengan matawang lain seperti £ British Pound, € Eurodollar, ¥ Japanese Yen dan sebagainya. Mampu untuk melihat tren-tren harga dalam kegiatan pasaran adalah intipati semua dagangan menguntungkan dan inilah yang membuatkan mata wang asing sangat menarik, pasaran matawang dunia adalah pasaran yang terbaik.Inilah yang memberikan pelabur-pelabur tukaran mata wang asing peluang untuk membuat keuntungan yang tidak terdapat di pasaran-pasaran yang lain.

“Trading Forex” telah digelar sebagai pelaburan kini yang memberikan peluang keseronokan kepada pelabur “savvy”. Sebab itulah pasaran dagangan tukaran mata wang asing hanya bermula dalam tahun 1978, bila matawang seluruh dunia dibenarkan terapung berdasarkan permintaan dan penawaran, selepas 7 tahun Standard Emas terbengkalai.Selepas tahun 1995, “Trading Forex” hanya dibenarkan kepada bank-bank dan perbadanan multinasional besar,tetapi pada hari ini,tahniah kepada percambahan komputer dan satu era baru bagi internet berpangkalan teknologi-teknologi komunikasi, pasaran yang menguntungkan ini terbuka kepada semua orang.

Tidak seperti dagangan tradisi yang mengkehendaki pembeli dan penjual berada di lokasi yang sama (“trading floors”) tetapi di forex “Trading” mereka tidak perlu untuk berada di lokasi yang sama. Forexa dalah sebuah pasaran di mana peniaga-peniaga di seluruh dunia menjalankan perniagaan yang disambungkan dengan rangkaian internet yang berkelajuan tinggi yang menghubungkan dengan Interbank Foreign Currency Exchange via Forex Clearinghouses (juga dikenali dengan Firma Broker Forex). Forex bukan sahaja dikenali dengan pasaran pertumbuhan yang paling pesat tetapi juga sebagai tempat pasaran yang paling menguntungkan sekali di dalam dunia.

Dalam erti kata lain, Forex adalah yang paling menguntungkan kerana ia adalah pasaran terbesar dunia. Pasaran matawang asing adalah akaun keseluruhan bagi 1.2 Trillion dollars yang didagangkan setiap hari (seperti yang dinyatakan oleh Central Bank Survey of Foreign Exchange yang ke empat dan Derivatives Market Activity, 1998. Angka ini dikatakan telah meningkat pada hari ini.) Bagi meletakkan ke dalam perspektif, di mana-mana hari diberi kegiatan pasaran pertukaran matawang asing adalah jauh lebih hebat daripada pasaran saham. Ia adalah 75 kali lebih besar daripada New York Stock Exchange di mana jumlah nilai purata keseluruhan sehari ( menggunakan rajah 1998) bagi kedua-dua pasaran saham asing dan dalam negeri adalah $16 bilion, dan lebih hebat lagi daripada aktiviti harian di bursa saham London, dengan $11 bilion.

Tambahan pula, sebagai penambahan untuk menjadi pasaran yang terbesar dan menguntungkan, pasaran Forex adalah yang paling berkuasa dan pasaran dagangan berterusan tanpa mengira petunjuk ekonomi negatif. Ini adalah kerana tren matawang yang lebih baik dari pasaran lain berdasarkan sifat makro-ekonomi mereka. Tidak seperti komoditi lain yang membuat penawaran dan permintaan yang boleh berubah dalam tempoh semalaman ( seperti yang dijumpai di “sudden dot com” ‘market adjustment’ dan lebih mengejutkan lagi pada 11 September, 2001), asas-asas matawang adalah kurang rawak, dan jauh boleh diramalkan. Ini adalah ilustrasi sihat dalam kadar faedah yang bertukar secara beansur-ansur dan hanya mengalami kenaikan yang kecil.

Contoh lain yang boleh diramalkan ialah ilustrasi bagi statistik berikut. Bagi $1.2 trilion dagangan sehari dalam pertukaran matawang asing, 83% melihat aktiviti pertukaran asing dan 95% swap beraktiviti melibatkan US Dollars. Euro adalah mata wang kedua yang paling aktif pada 37%. Yen Jepun (24%) dan British Pound Sterling (10%) adalah tempat ketiga dan keempat. Swiss franc ialah 17% dan Canada serta dollar Australia dalam 3%.

“Spot Forex” adalah sejenis “Forex trade” yang dimana para “trader” menumpukan kepada aktiviti pelaburan dengan alasan yang telah jelas dengan sendirinya. Maksud transaksi “Spot Forex” adalah dimana transaksi “trade” matawang dijalankan dengan maksimum 2 hari bekerja diikuti dengan penutupan “trade” tersebut. Walaubagaimanapun “Spot Forex” membenarkan seorang “trader” yang mempunyai kecairan modal yang tinggi. Satu lagi ciri yang popular ialah dimana seorang “trader” yang mempunyai potensi dengan keuntungan yang tinggi apabila mereka membeli satu matawang khusus apabila ia dalam keadaan lemah dan menjual kembali apabila ia kembali kukuh dan berterusan untuk matawang yang kukuh menandingi matawang yang lemah. Potensi untuk untung dan rugi bergantung pada kesan daripada “leverage”. “Leverage” adalah dimana sejumlah wang yang kecil mengawal sejumlah wang yang besar. Sebagai contoh, faktor “leverage” 100 boleh membenarkan seseorang “trader” itu memegang posisi 100,000 US Dollar hanya dengan modal 1,000 US Dollar margin. Ini adalah kerana “Spot Forex” boleh mengawal risiko bagi kemasukkan dan pengeluaran “trading” dan ditambah dengan potensi untuk menjana keuntungan yang tinggi.

Walaupun mempunyai isipadu yang tinggi dan peranan yang besar di dunia, Namum pasaran Forex adalah jarang menjadi tumpuan dari media kerana cara urusniaga nya yang tidak dapat dilihat berbanding dengan Bursa saham, namun urusniaga di pertukaran matawang asing ini semakin mendapat kesedaran dari umum, kerana ia adalah pasaran yang menguntungkan dan mempunyai kawalan risiko. Tambahan ianya pula tiada ganguan geografi dan tanpa sempadan, dengan senang Forex boleh dan dibuka kepada semua orang.

ASAS PERLU TAHU
• ASK
- ASK adalah harga yang dealer/broker akan tawarkan kepada kita untuk mereka menjual matawang base sebagai tukaran kepada matawang quote.

- ASK bermakna harga untuk kita BUY sesuatu matawang.

• BID
- BID adalah harga yang dealer/broker sanggup tawarkan untuk membeli matawang base sebagai tukaran kepada matawang quote.

- Bid bermakna harga untuk kita SELL sesuatu matawang.

• SPREAD
- Spread adalah perbezaan antara Bid dan Ask.

- Spread ini adalah keuntungan yang diambil oleh broker atas perkhidmatan yang mereka berikan kepada trader.

- Spread ini diambil ‘siap-siap’ oleh broker semasa trader memasuki market. Ini menyebabkan baki akaun trader akan bermula dengan ‘negatif’ semasa mula-mula membuka position BUY atau SELL. Namun, baki ini akan menjadi positif semula jika trader mengalami keuntungan.

- Nilai spread ini adalah berbeza antara pair. Dan ia juga berbeza antara broker.




KELEBIHAN FOREX BERBANDING PASARAN KEWANGAN LAIN

Ada banyak kebaikan dan kelebihan untuk kita trading Forex berbanding lain-lain pasaran kewangan. Antaranya ialah:

1) Tiada Komisen.

>Tak perlu yuran tukaran,

>Tak perlu yuran kerajaan,

>Broker mengambil keuntungan daripada ‘bid-ask spread’ 


2) Tiada Middlemen (orang tengah).

Trading matawang secara ‘spot’ akan menghapuskan peranan orang tengah.

Trader akan terus dihubungkan dengan pasaran yang menentukan harga sesuatu pasangan matawang (pair).

3) Saiz Lot Yang Fleksibel.
Dalam Pasaran Hadapan (Future Market), lot atau saiz kontrak telah ditetapkan dan ia tidak fleksibel. Contohnya saiz standart untuk Perak adalah 5000 oz.

Dalam Forex spot, anda menentukan sendiri saiz lot yang anda mahukan mengikut kehendak anda selagi modal anda mencukupi untuk melakukan urusniaga tersebut.

Saiz lot yang boleh ditentukan sendiri ini membolehkan anda memulakan trade dengan modal serendah USD1 – mengikut broker. (saya akan menerangkan kemudian mengapa anda tidak digalakkan untuk memulakan urusniaga Forex berbekalkan modal sebanyak USD1).

4) Kos Transaksi Yang Rendah. 
Kos transaksi yang rendah di mana broker hanya akan mengambil ‘bid-ask spread’ sebagai hasil mereka.

Bid-ask spread ini adalah beza antara harga bid dan ask. Kita akan belajar mengenai bid-ask spread ini secara detail dalam bahagian lain nanti.


5) Pasaran 24 Jam Sehari. 

Pasaran Forex dibuka 24 jam sehari mengikut sesi dagangan dunia (bermula 7.00am –Tokyo dibuka, dan berakhir jam 5.00 am keesokannya –New York ditutup).

Waktu dagangan 24 jam ini juga memberi kemudahan kepada trader yang mempunyai pekerjaan tetap untuk melakukannya secara sambilan diluar waktu kerja mereka.

6) Tidak berlaku penyelewengan dalam harga pasaran.
Pasaran Forex adalah terlalu besar dan mempunyai terlalu ramai peserta (daripada bank-bank hinggalah kepada trader kecil seperti kita).

Tidak ada sesiapa pun yang mampu mengawal harga pasaran. Jadi tidak akan berlaku sebarang penyelewengan oleh individu mahupun broker dalam penentuan harga pasaran.Jangan bimbang

7) Leverage
Dalam urusniaga Forex, walaupun anda mempunyai nilai deposit (modal/margin) yang kecil, tetapi dengan bantuan leverage yang diberikan oleh broker, maka anda mampu bermain dengan saiz kontrak yang besar seterusnya membuat keutungan lebih banyak.

Tanpa bantuan leverage dari broker, anda tidak akan dapat melibatkan diri dalam ‘permainan’ ini. Kecualilah jika anda memang seorang yang terlalu kaya dan memiliki modal sekurangnya USD10 000.

8) Kecairan yang tinggi.
Forex adalah satu pasaran yang cukup cair.

Anda tidak perlu menunggu lama untuk menjual dan membeli satu-satu currency pair. Hanya klik tetikus computer anda dan urusniaga anda akan terus dilaksanankan dalam masa beberapa saat sahaja.

Anda tidak perlu risau untuk mencari penjual dan pembeli untuk melakukan urusniaga tersebut.


9) Akaun ‘demo/praktis’, berita, carta, dan analisis percuma. 

Kebanyakan Broker Forex online menyediakan akaun ‘demo’ untuk anda membuat latihan urusniaga, beserta berita terkini dan carta harga pasaran.

Semuanya adalah percuma.

Ia adalah bagus untuk trader-trader yang baru mengenali forex kerana berkesempatan melakukan urusniaga dengan wang ‘mainan’ yang diberikan oleh broker.

Anda boleh berlatih sehingga mahir berurusniaga dengan wang mainan tersebut sebelum mendeposit dengan wang sebenar dalam akaun ‘real’.




KENALI MATAWANG DAN RISIKO UNTUNG RUGI FOREX

MAJOR PAIR- Pasangan matawang yang melibatkan matawang USD sama ada sebagai BASE ataupun QUOTE currency.

- Contohnya USD/JPY dan GBP/USD.

CROSS PAIR- Pasangan matawang yang langsung tidak melibatkan matawang USD. Contohnya EUR/JPY dan GBP/CHF

Jadi Forex bermaksud membeli atau menjual sesuatu mata wang terhadap mata wang yang lain dengan tujuan untuk mendapat keuntungan.

MATA WANG YANG POPULAR DI PERDAGANKAN
EUR = “Euro” (mata wang eropah)
GBP = “Sterling atau Cable” (matawang inggris)
AUD = “Aussie Dollar” (matawang Australia)
NZD = “Kiwi” (Matawang New Zealand)
JPY = ‘Yen” ( Matawang Jepun)
CHF = “Swissy” (Matawang Switzerland)
CAD = “Dollar” Canada (Matawang Canada)
USD = “US Dollar atau Buck” (Matawang USA)

Jenis Matawang Terbahagi Kepada 3
Mata wang Direct : (EUR/USD , GBP/USD , dan matawang lain di mana USD di belakangnya.)
Mata Wang Indirect : (USD/JPY , USD/CHF , dan mata wang lain di mana usd di hadapanya.)
Mata wang Cross Rate : GBP/JPY , EUR/CHF, EUR/GBP dimana matawang tiada kena mengena dengan USD )

CONTOH :-
Buy EUR/USD bermaksud Beli EURO dan Jual USDollar
Sell USD/JPY bermaksud Jual USDollar dan beli Japan Yen

Apakah itu PIP? Pip: Minimum fluctuation or smallest increment of price movement. Pip: Perubahan kecil yg berlaku kepada pergerakan harga Cth: GU 1.9070, menjadi 1.9000, maka PIP ialah 70pips. 

RUGI DAN UNTUNG DOWNTREND
- Dalam downtrend pula, anda perlu Entry SELL pada harga yang tinggi. Apabila harga semakin jatuh, maka anda akan mengaut keuntungan.

- Forex adalah berbeza dengan saham di mana keuntungan diperoleh walaupun market downtrend. Bezanya anda perlu menekan butang SELL.

CONTOH:
USJ/JPY = 90.00 -->Anda entry SELL

Apabila harga jatuh kepada 89.99, maka anda telah untung 1 pip. Nilai 1 pip tersebut adalah terpulang kepada saiz lot yang anda pilih. Jika anda memilih saiz lot 2.00 maka anda akan mendapat untung USD2 untuk setiap pips yang turun. Jika harga turun sebanyak 10 pips, maka anda akan mendapat keuntungan sebanyak USD20.

- Kerugian berlaku apabila anda melawan trend iaitu anda BUY sewaktu trend menunjukkan downtrend. Setiap pips yang bergerak turun, akan membuatkan anda mengalami kerugian.

RUGI DAN UNTUNG DALAM UPTREND
- Apabila anda memasuki pasaran (ENTRY/OPEN) pada waktu yang betul, atau mengikut trend pasaran, maka anda akan memperolehi keuntungan.

- Keuntungan dalam Uptrend adalah apabila anda ENTRY BUY pada harga yang rendah dan anda EXIT pada harga yang tinggi.

- Semakin tinggi harga tersebut pergi, semakin tinggi keuntungan anda.

CONTOH:USD/JPY = 98.00 --> Anda Entry BUY.

Apabila harga bergerak ke 98.01, maka anda telah memperolehi keuntungan 1 pips. Nilai 1 pips tersebut adalah bergantung kepada saiz lot yang anda pilih. Jika anda memilih saiz lot mikro 0.50, maka anda telah untung sebanyak USD0.50.

- Apabila anda berada dalam Uptrend tetapi anda tersilap memilih untuk SELL, maka setiap 1 pips anda akan mengalami kerugian. Juga terpulang kepada saiz lot yang anda pilih.





JENIS- JENIS ORDER

Dalam urusniaga Forex, tidak hanya ada order BUY dan SELL sahaja.Ada lagi beberapa jenis order lain yang perlu kita ketahui. Terdapat dua (2) kategori penting dalam order iaitu INSTANT ORDER dan juga PENDING ORDER.

INSTANT ORDER- Instant Order adalah order yang transaksinya dilaksanakan serta merta.
Dalam instant order pula terdapat 3 jenis order iaitu:

- BUY
- SELL
- CLOSE
PENDING ORDER adalah order yang dibuat dahulu tetapi dilaksanakan kemudian.

Ia sama seperti tempahan.

Transaksi akan dilakukan apabila harga pasaran mencecah harga yang ditempah oleh trader.

Selagi harga pasaran sesuatu pair tidak mencecah harga tempahan trader, urusniaga ini tidak akan dilaksanakan.

Terdapat beberapa order di dalam Pending Order iaitu BUY STOP, BUY LIMIT, SELL STOP, SELL LIMIT, TAKE PROFIT, STOP LOSS, dan juga TRAILING STOP.


BUY
- BUY adalah order untuk kita membeli matawang base (USD/JPY), dan dalam masa yang sama kita akan menjual 1 unit matawang quote (USD/JPY).

- Anda hanya perlu menekan butang ‘BUY’ pada platform untuk membuat pembelian. Urusniaga anda akan di laksanakan serta merta pada waktu tersebut.

- Order BUY harus dilakukan pada waktu trend menaik kerana semakin tinggi harga naik berbanding harga kita BUY, semakin tinggi keuntungan yang kita perolehi.

SELL
- SELL adalah order untuk menjual matawang base dan dalam masa yang sama membeli 1 unit matawang quote.

- Anda hanya perlu menekan butang ‘SELL’ pada platform untuk membuat order tersebut. Urusniaga anda akan dilaksanakan serta merta pada harga semasa.

- SELL perlu dilakukan apabila trend pasaran menurun, kerana semakin rendah harga pasaran berbanding harga yang kita SELL, semakin banyak keuntungan yang kita perolehi.

BUY STOP- BUY STOP adalah order untuk anda membuat entry BUY pada harga yang LEBIH TINGGI daripada harga semasa.

CONTOH:

Harga USD/JPY sekarang adalah 90.00, tetapi anda tidak mahu BUY pada harga ini, anda mahu BUY pada harga yang lebih tinggi iaitu 90.50.

Maka anda perlu pending ‘BUY STOP’ pada harga USJ/JPY 90.50. Sekiranya harga telah mencecah 90.50, urusniaga BUY anda akan di mulakan.

BUY LIMIT
- BUY LIMIT adalah berlawanan dengan Buy Stop. Jika Buy Stop kita tempah harga lebih tinggi dari harga semasa, BUY LIMIT adalah tempahan untuk BUY pada harga LEBIH RENDAH daripada harga semasa.

CONTOH:

Harga USD/JPY adalah 90.00, tetapi anda tidak mahu BUY pada harga ini, sebaliknya anda mahu tunggu harga turun sedikit sehingga 89.50 untuk mula BUY.

Anda tidak perlu tunggu di depan komputer anda sehingga harga turun ke tahap 89.50.

Anda hanya perlu pending ‘BUY LIMIT’ pada harga yang anda mahukan, dan anda boleh tinggalkan komputer anda.

Urusniaga BUY akan dijalankan secara automatik sekiranya harga turun dan mencecah harga yang anda mahukan

SELL STOP- SELL STOP adalah bermaksud anda mahu membuat entry SELL tetapi pada harga yang LEBIH RENDAH dari harga semasa.

Tidak perlu menunggu harga turun ke paras yang anda mahukan untuk SELL, anda boleh pending SELL STOP.

Kemudian anda boleh pergi ke mana-mana yang anda suka kerana platform akan menguruskan transaksi SELL untuk anda apabila harga turun mencecah paras harga yang anda mahukan.

SELL LIMIT
- SELL LIMIT pula adalah tempahan untuk anda melakukan urusniaga SELL tetapi pada harga yang LEBIH TINGGI daripada harga semasa.

TAKE PROFIT
-TAKE PROFIT bermaksud anda meletakkan satu target keuntungan dalam urusniaga anda.

Transaksi akan di tutup serta merta apabila harga telah mencapai target profit anda.

Baki dalam akaun trading anda akan bertambah.

Anda boleh memilih untuk menutup transaksi secara manual tetapi dalam keadaan pasaran yang bergerak laju, platform biasanya akan mengalami masalah untuk melakukan arahan anda.

Jadi adalah lebih baik anda meletakkan satu paras harga sebagai target anda dan anda boleh tinggalkan komputer anda.

- Kebanyakan broker meletakkan had untuk Take Profit (TP) adalah sebanyak 10pips dari harga semasa.

STOP LOSS
- STOP LOSS adalah berlawanan dengan Take Profit. Jika Take Profit adalah target keuntungan yang anda mahukan, Stop Loss adalah paras kerugian yang sanggup anda tampung sekiranya berlaku kerugian (reversal) dalam transaksi yang anda lakukan.

- Stop Loss menyelamatkan anda dari terus kerugian seterusnya kehilangan lebih banyak modal.

- Dengan meletakkan Stop Loss, transaksi anda akan di tutup secara automatik jika ia telah mencapai paras kerugian yang telah anda tetapkan.

TRAILING STOP
- TRAILING STOP adalah STOP LOSS yang sangat unik kerana ia akan bergerak mengikut keuntungan yang anda perolehi.

Semakin jauh keuntungan yang anda perolehi, semakin jauh Stop Loss ini akan mengikut di belakang (mengikut jarak yang anda tentukan).

Sekiranya berlaku reversal pada pasaran, Transaksi anda akan terhenti setakat garisan Stop Loss ini sahaja.

Jadi anda masih dapat menutup transaksi dalam keadaan positif (untung) walaupun market sudak berpatah balik.

CONTOH:-Anda melakukan entry BUY USD/JPY pada harga 90.00. Dan menetapkan Trailing Stop sebanyak 15 point.

-Katakan price bergerak ke 90.15, garisan Trailing Stop Loss (TS)akan muncul di 90.00.

-Sekiranya price meningkat satu pips ke 90.16, maka garisan TS ini akan mengikut juga sebanyak 1 pips dari 90.00 ke 90.01.

-Sekiranya pasaran berpatah balik, transaksi anda akan di tutup pada harga 90.01 (pada garisan TS).

-Bermakna anda masih keuntungan sebanyak 1 pips walaupun pasaran telah berpatah balik. Jika pasaran tidak berpatah balik, garisan Trailing Stop Loss ini akan terus mengikut sebanyak 15 pips di belakang harga semasa.

-Semakin jauh harga bergerak, semakin jauh TS ini mengikut.

- Walau bagaimanapun, TS ada sedikit kelemahan iaitu tidak dapat berfungsi jika anda menutup komputer atau menutup platform.

-Ia akan mula berfungsi semula ketika anda membuka kembali platform trading anda.


ANALISIS MARKET FOREX

Terdapat dua jenis analisis yang sering digunakan dalam membuat keputusan untuk memasuki pasaran iaitu analisis FUNDAMENTAL dan TEKNIKAL.

Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari kedua-dua jenis analisis ini secara lebih terperinci.

ANALISIS MANAKAH YANG LEBIH BAIK???

Jawapannya adalah KEDUA-DUANYA. Jika anda menggabungkan dua bentuk analisis ini, anda akan mendapat peluang trading yang lebih baik.

ANALISIS FUNDAMENTAL
- Analisis FUNDAMENTAL adalah satu bentuk analisis yang mengkaji pertumbuhan ekonomi sesebuah Negara.

- Nilai matawang sesebuah Negara adalah berkait rapat dengan keadaan ekonomi Negara tersebut.

- Sekiranya ekonomi Negara tersebut baik, maka nilai matawang nya juga akan turut berada dalam keadaan yang baik. Dan begitu juga sebaliknya.

- Trader-trader yang mengambil pendekatan fundamental ini selalunya akan mengikuti berita-berita ekonomi dunia dan membuat kesimpulan tentang kekukuhan matawangnya.

- Di bahagian lain nanti kita akan mempelajari berita-berita khas dan spesifik yang akan memberi kesan kepada nilai matawang Negara-negara tertentu.


ANALISIS TEKNIKAL

- Analisis TEKNIKAL adalah kajian tentang pergerakan harga.

- Ia hanya melibatkan carta. Carta ini terdapat didalam trading platform dan boleh di dapati dari mana-mana broker online.


- Ideanya adalah seorang trader akan melihat sejarah pergerakan harga yang pernah berlaku dan membuat ramalan dan andaian tentang pergerakan harga yang seterusnya melalui carta harga.

- Dengan melihat kepada carta, kita dapat mengenalpasti trend dan pattern yang mana ia akan membantu kita mendapat peluang trading yang baik.

- Perkara yang paling penting dalam analisis teknikal adalah mengenalpasti trend.

TREND IS FRIEND!!!

- Salah satu sebab kita dapat menikmati keuntungan yang banyak adalah dengan mengenalpasti trend dan melakukan trading yang betul mengikut arah trend tersebut.

Rujukan Semasa: http://www.forexfactory.com/calendar.php

Rujukan Semasa: http://www.dailyfx.com/calendar/